Ilmu itu pelita bagi hati agar kita ingat-ingatlah akan mati

Rabu, 15 September 2010

Kehilangan..

Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berlalu. Walau pun suasana kemeriahannya masih terasa... perasaan bercampur baur antara kegembiraan dan kesedihan. Ini adalah kali pertama aku menyambut Aidil Firti tanpa kedua orang tuaku. Kali ni aku berasa benar ketiadaan mereka. Jika tahun-tahun dahulu kemeriahan tetap terasa kerana rumahku sering menjadi tempat persinggahan saudara-mara.Kebetulan pula rumahku terletak berhampiran dengan tanah perkuburan. Sudah pasti ia menjadi singgahan saudara mara jauh dan dekat.
Kini semua itu tiada lagi.Tiada lagi saudara mara yang akan singgah ke rumah selepas menziarahi tanah perkuburan. Tiada lagi deretan anak-anak memenuhi ruang tamu rumah pusaka ini.Duit raya yang ku sediakan saban tahun untuk ibu dan bapaku seperti tahu-tahun dahulu tidak berusik.Jika dahulu aku gembira menyediakan sampul berisi duit raya untuk ibu dan bapaku buat dihulurkan kepada cucu-cucunya.. kini sudah tidak tersentuh lagi.Penantian tinggal penantian. Semuanya hambar belaka....
Yang tetap sama hanyalah adik bujangku masih masih berperangai lama. Yang dia suka bangun tidur lewat tengah hari, makan mau sedap, duit biarlah sentiasa ada walaupun hanya dua tiga ringgit. Jangan siapa-siapa nak pandai nasihat itu dan ini.Dunia ini dia yang punya.Bila dia akan berubah tak tahu lah aku... suruh kawin tak nak...suruh keluar tinggalkan kampung mencari kehidupan di tempat orang pun tak nak....umur makin meningkat..tak tahulah aku bagaimana nak selesaikan... mudah-mudahan Allah melorongkan jalan penyelesaiannya... amin.
Selamat hari raya ku ucapkan kepada semua saudara mara..... raya kan sebulan....maaf zahir batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan